Friday, March 26, 2010

Hebatnya sepotong niat

salam perjuangan kepada sahabat semua....ari jumaat yang mulia ni ana bersyukur kepada ALLAH swt kerana masih mengekalkan nikmat islam dalan diri hamba yang daif ini...balik dari solat jumaat td tetibe jerk trase nak bukak blog n ana terjumpa satu artikel yang menarik untuk dijadikan renungan dalam menongkah arus kehidupan ini....tajuk artikel ini hebatnya sepotong niat...ana berharap ia mampu menjadi panduan kite sume...strive 4 maradhatillah....

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Muhasabah buat diri ini dan teguran untuk sahabat-sahabat yang kita cintai.. Pentingnya niat dalam kehidupan seharian kita. Betapa pentingnya niat dalam apa jua yang kita lakukan kerana sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan atau apa yang ada di dada (hati) kita.
Tak mungkin dan mustahil kita dapat menipu Allah, kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi, segalanya terjadi dengan izin-Nya, begitu juga dengan apa yang akan kita lakukan atau apa jua yang telah kita lakukan, semuanya hanya dengan izin Allah.
Jagalah hati, lakukanlah kebaikan dan ikhlaskan niat, hanya kerana Allah, hanya kerana mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, hanya kerana kita yakin dan percaya kepada rukun iman ke-dua, malaikat sentiasa mencatat amalan kita dan rukun iman ke-lima yakni wujudnya hari kiamat dan kita akan dibangkitkan semula, segala amalan kita, baik atau buruk akan dihitung dan di beri ganjaran yang setimpal dengannya. Mudah-mudahan, baiklah amalan kita, baiklah niat kita dan baiklah ganjaran buat kita. Amin..
Kenapa kita dicipta? Untuk apa? Kenapa kita berada di dunia ini? Kenapa kita di sini? Adakah kita pernah meminta agar kita dilahirkan ke dunia ini? Adakah kita milik kita sepenuhnya? Kita milik siapa? Jasad kita milik siapa? Roh kita milik siapa? Siapa yang berhak? Siapa yang berkuasa untuk segalanya? Siapakah kita sebenarnya? Ke manakah arah tuju kita? Apa matlamat kita? Syurga atau neraka??
Astaghfirullahalazim.. Dalam apa jua yang kita lakukan, lakukanlah kerana Allah. Kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan, samada baik atau buruk, pasti mendapat ganjaran.
Hebatnya sepotong niat. Ada manusia yang berbuat kebaikan, namun segalanya sia-sia kerana niat yang tidak baik, tidak ikhlas. Berbuat baik untuk mendapat pujian, berbuat baik untuk mendapat nama, berbuat baik untuk menambahkan populariti, berbuat baik untuk di pandang tinggi, berbuat baik agar di pandang mulia, berbuat baik untuk mendapat ganjaran duniawi, astagfirullahalazim, naauzubillahiminzalik..
Aku suka pepatah ini.. Keikhlasan ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap, sukar untuk dilihat tapi ternyata dia wujud. Biarlah mata manusia tidak dapat melihatnya namun Allah tidak pernah sesaat terlepas daripada melihatnya.
Ayuh, kita 'sibukkan' malaikat di bahu kanan kita, mencatat amalan kebaikan kita. Perbanyakkan amalan, lakukanlah kebaikan dan yang paling penting, ikhlaskan niat, hanya kerana Allah Ta'ala.
Semoga syurga menjadi matlamat dan impian kita semua. Semoga kita sentiasa di jalan yang lurus dan tidak tergelincir walau seinci atau sesaatpun. Cintailah Allah, cintailah kitab Allah, contohilah keperibadian Rasul tercinta Muhammad SAW.. Maha Suci Allah, segala pujian hanya bagi Allah.
Wassalam

Thursday, March 25, 2010

Rasa bertuhan mengatasi segalanya

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Friday, March 12, 2010

Doa senjata orang mukmin

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBSI-_MBu3O4lo-uOQ1l9RNa_5awIWhtS86eYkQ8MrSNF1swIf1XRliaHa8Bx40HEd5FVrcxxmi5B7CloMReiDzluiStzNRPgwQC41taxQXrorHhDelvUxHwVq-wQhxiUmuGzeusg0-AhR/s400/cara2.bmp

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTCBg29ftJi9B8DOJ7eppFV9-Ifn8Pp9wxwcW6qlmp02jQ183o2NB5Uj5fouY9Nq_ll7QVyLIVD-5UpsK6OI8gQWxgE3MSXJchtB1fjjuqyvTLF77YeREs9bXyiXN7pSuLqrMzVi8NTX5V/s400/cara1.bmpmencari keberkatan doa... DOA SENJATA ORANG MUKMIN!. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU: 1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA 2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN 3) APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA. TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA "HAR HAYAAIL". MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN. 4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR. 5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYAĆ¢€¦ JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW 6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA 7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.