Thursday, December 2, 2010

Perhiasan yang menjadi dambaan…




Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau.

Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.”Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.
Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata.
Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.


Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
” Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal.
Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami.
Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat.


Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilihperhiasan`palsu’ ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati’. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik’. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati’ jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

DOSA YANG TERPAKSA

Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu.

Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.
Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.

Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.

Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.

Bagaimana?

Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?

Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.

Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.

Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.

Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah.

Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.

Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali.

Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.

Kesimpulan
Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga.

Maka kerana itulah, jika tak tahan juga nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf.

Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itudan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.

Sunday, November 7, 2010

Bina Kekuatan, Pulih kembali Harga Diri

Dalam menjalani kehidupan kat atas muka bumi ni, banyak sangat ujian yang Allah SWT bagi..kadang2 aku terduduk, tak termampu tuk menahan dan mengharungi.Tapi aku yakin, setiap ujian yg Allah nk bagi tu pasti boleh dihadapi oleh setiap hambaNya. dalam mencari kekuatan diri yang hilang sebelum ni, aku bersyukur kerana Allah sentiasa mengasihi dan merahmati aku.tak putus2 hidayah Allah yang allah kurniakan kepada aku.Alhamdulillah...

Cinta aku disambut dengan surat cinta daripa Allah SWT iaitu melalui kalamNYa, al-Quranulkarim.sebelum ni aku dh jarang menjenguk kitab ini.tapi skarang alhamdulillah, bila setiap hari aku membacanya, aku dh mula jatuh cinta kepadaNya.sememang al-Quran memberikan ketenangan kepada aku..

Allah subhanahu wata'ala berfirman: "Dan Kami turunkan dalam Al Qur'an ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman... (QS Al Isra' (17) : 82)

"Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur'an untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri" (Qs An Nahl (16): 89)

Skarang aku dh sedar, cinta kepada manusia dengan perlaksanaan yang tidak berlandaskan syarak akan merosakkan hati tetapi cinta kepada Allah SWT akan memberikan ketenangan kpd hati dan itulah cinta sejati.

skrang aku dh yakin:
JIka hati sedih dan gelisah, ubatnya ada dalam Al Quran. Jika ada penyakit dalam hati kita, ubatnya ada dalam Al Quran. Jika engkau sedang patah hati, ubatnya ada dalam Al Quran. Jika merasakan seakan-akan dunia ini menghimpit dirimu, maka bacalah Al Quran! Kerana Al Qur'an adalah penawar hati, pemberi ketenangan.
Barangsiapa menjauhinya (Al Qur'an) karena kesombongan, Allah akan menghancurkannya. Nauzubillah..

Siapa yang mencari-cari petunjuk dari selainnya, Allah akan menyesatkannya.

Ya Allah..kenapa aku ni lalai dl?kenapa aku meletakkan diri aku dalam golongan org2 yg zalim?aku bertaubat ya Allah..

Dia (Al Qur'an) merupakan tali Allah yang sangat kukuh, dia merupakan peringatan yang bijaksana dan dia adalah jalan yang lurus. Dialah yang menjadikan hawa nafsu terkendali. Lisan tidak akan pernah ragu dengannya. Para ulama tidak akan merasa puas dengannya.
Dia tidak akan pernah membosankan meskipun diulang-ulang. Keajaiban-keajaibannya tidak akan pernah habis. Dialah yang membuatnya, para jin tidak kuat mendengarnya hingga mengatakan '... sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur'an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, lalu kami pun beriman kepadanya...'
Siapa yang berbicara dengannya, ia akan berkata jujur dan benar, siapa yang mengamalkannya akan diberi pahala, siapa yang berhukum dengannnya akan berlaku adil, dan siapa yang mengajak orang kepadanya maka akan ditunjuki kepada jalan yang lurus" (HR At Tirmidzi)


Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.”


Ya Allah..Kau pimpinlah aku ke jalan yang benar..

Sunday, October 24, 2010

salam perjuagan dan salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat sekalian....rindu rsenye pd blog yg ibarat rumah tidak berpenghuni kian hampir menyembah bumi serta dipenuhi sawang-sawang yang menemani makhluk ALLAH yang lain...terasa diri ini terlalu kerdil kerana gagal mengurus amanah ALLAH yakni masa yang diberikan kepada diri ini sehingga gagal untuk meng"update" blog ini dek disibukkan dengan urusan dunia yang menghimpit jiwa ini....Ya ALLAH ampunilah hamba mu yang lemah lagi hina ini Ya ALLAH...dalam sibuk mengrus urusan diri, bersyukur kepada ALLAH swt kerana masih ad shbt yang menegur diri di dalm kelalaian diri ini meneruskan kerja2 dakwah dengan memberi tamparan keras kepada diri sehingga terhenti sejenak putaran dunia in untuk memuhasabah diri....baru diri ini sedar bahawa telah jauh melencong dari landasan sunatullah...ampunillah hambu mu ini ya ALLAH...kini ku perbaharui azam ku untuk meneruskan langkah di dalam umur yang berbaki ini untuk mengejar cinta maha agung dan ku berharap mempunyai sahabat akan menegur didalam meneruskan perjalanan selepas ini bagi mendapatkan jannah ALLAH swt....thanx to yg berkenaan kerana menjadi asbab teguran kepada diri ini...so, da ad azam baru kene ar wat keje kan...diri ini pon mencari bahan2 yang menari tok dikongsikan dengan sahabat2...then jumpe ngan artikel nie...menarik untuk dikongsi dan diambil pengajaran...selamat membaca...

Di sebuah rumah di pinggir kota,

Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari Dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu Dan ayahnya sama-sama memasak makanan.

Kali ini mereka Cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang Dan tepi depan rumah mereka.

Ada tomato, Ada cili, Ada halia, Ada kunyit, Ada serai, Ada daun salad Dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.

Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah Dan ibunya.
Sedang IA makan, dia bertanya kepada ibunya.

"Ibu, makanan Hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini Dan rasa sedap ni ibu?"

Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.

Ibunya sambil rasa senang Dan seronok kerana dipuji Cuba mula bercerita.

"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih Dan lada hitam Dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos Dan kicap untuk perasa.

Kali ini ibu Cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam Dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun Kita di belakang rumah TU, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."

Ayahnya menambah,

"Mungkin kerana Fikrah mula makan makanan itu dengan bismillah, itu yang sedap TU"

Ujar ayahnya sambil mengusap rambut yang terurai di dahi fikrah dengan penuh kasih sayang.

Ibu Dan ayahnya tersenyum, anaknya masih tidak puas hati dengan jawapan ibu Dan ayahnya, dibenak hatinya, ibu Dan ayah tersenyum seperti mereka Ada merahsiakan jawapan sebenar.

"Bagaimana dengan nasi ni ibu"? Kita tak tanam padi kan?

Ibu Dan ayahnya terkejut, kenapa Hari ini fikrah betul-betul mahu tahu persoalan ini?

Ibunya menjawab,

"Ya, Fikrah, Kita tidak menanam padi, padi ini datangnya dari sawah. Rumah Kita tak muat untuk menanam padi. Jadi Ada pesawah yang bekerja untuk menanam padi, pesawah itulah yang menuai padi Dan pesawah itu akan menghantar padi yang dituai ke kilang untuk diproses menjadi beras"

Ayahnya menyampuk dengan nada berjenaka.

"Ya.. Kilang beras, pilihan bernas, pilihan bijak" suami isteri itu tertawa kecil oleh lawak si suami.

Sedangkan Fikrah benar-benar rasa masih belum terjawab. Dia mengetip bibir seolah-olah geram.

Ayahnya terperasan keadaan itu lalu meneruskan cerita.

"Dari kilang, beras itu dibungkus Dan dihantar ke kedai-kedai, dari kedailah Kita membeli beras, Dan kemudian beras itu ibu fikrah basuh, Dan ibu fikrah memasaknya untuk Kita sekeluarga dengan rice cooker yang ayah belikan TU"

Dengan lemah lembut ayah fikrah bercerita agar dapat mententeramkan fikrah.

Fikrah bertanya lagi. Kali ini bertubi-tubi seolah-olah tidak puas hati benar

"Dari mana datangnya padi?" dari benih padi jawab ibunya
"Dari mana datangnya benih padi?" dari penuaian benih padi di tanam di atas tanah jawab ayahnya.

"Dari mana datangnya tanah"?

Ayah Dan ibu Fikrah terdiam Dan terdetik di hati mereka. Terharu, sayu, pilu, keinsafan, Dan bangga pada Fikrah, mungkin berkat namanya Fikrah, dia benar-benar ingin tahu erti "Fikrah"

"Fikrah tahu semua yang ibu Dan ayah cakap sejak awal tadi adalah selok belok.
Kenapa ibu Dan ayah tidak menjawab dengan terus terang?"

Fikrah seolah-olah merajuk, tapi fikrah tertunduk takut-takut kalau sikapnya itu buat ibunya kecil hati. Fikrah tak mahu berdosa pada ibu.

Keadaan terdiam sebentar. Seolah-olah Ada malaikat yang lalu datang membawa ilham kepada ibu Dan ayah fikrah untuk menjawab persoalan anaknya yang bersifat Fikrah itu.

Ibu Fikrah berkata,

"Anakku, ibu minta maaf, ibu mengelirukan Fikrah, ketahuilah anakku, memang benar. Segalanya dari Allah S.W.T"

Makanan yang Kita makan itu dari Allah S.W.T. Rasa sedap makanan itu juga dari Allah S.W.T. Tanaman yang ayah fikrah usahakan di kebun rumah Kita juga tumbuh dengan izin Allah.s.w.t.

Ayah Fikrah menitiskan air Mata menyambung kata-kata ibu fikrah.

"Benar Fikrah, segala-galanya dari Allah S.W.T. Dialah Al-Khaliq. Mari Kita berdoa agar rezeki yang diberikan ini berkat, halal, Dan semoga dengan rezeki yang baik darinya ini Kita sekeluarga terhindar dari api neraka."

Mereka bertiga menadah tangan semula Dan berdoa kepadaNya.

Tangisan keinsafan Dan air Mata yang keluar dari Mata kami bertiga ini juga dariMu Ya Allah.

Segalanya dari Al-Khaliq.

Monday, August 2, 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan

salam perjuangan buar sahabat sekalian...syukur ana panjatkan kehadarat pemilik cinta yang maha agung di atas kesempatan umur yang masih diberi kepada kita untuk mencari seberapa banyak bekalan bagi dibawa bersama melayari bahtera kehidupan yang sebenar..Alhamdulillah di petang yang hening ini setelah bersolat asar dan berkesempatan membace al-mathurat ana trase untuk berkongsi bersama sahabat yang ana sayangi sekalian...dari waktu ana menulis ini, ramadhan sudah tidak jauh kujung tibanya bagi umat islam yang ternanti-nanti kehadiran bulan umat ini yang disediakan oleh pemilik cinta agung untuk umatNYA....kegirangan ramadhan ini sudah mula terasa apabila pelbagai aktivit telah dirangka, pelbagai persedian telah mula dirapikan, doa kepada maha pencipta juga dipanjatkan bagi dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan magfirah ini....YA ALLAH berkatilah kami di bulan syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan ramdhan....amin....harap kita semua akan dapat berjumpa dengan ramadhan sekali lagi di tahun ini...insyaALLAH.....di dalam kegirangan ini terdapat banyak persepsi umat islam mengenai ramadhan....bagi yang beriman mestilah ini merupakan bulan pesta beribadah, tetapi terdapat sesetengah umat islam beranggapan ramadhan bulan berjimat cermat cos tak payah makan tengahari, tapi ade yang sebaliknya ramadhan adelah pesta makanan, kalo xcaye g baazar, makanan yang tidak pernah jumpe waktu bulan biase kita dapat jumpe waktu bulan ramadha...tol x....tetapi, ape yang ana berkongsi kat sini ialah marilah kite bersame-same membetulkan niat kite bagi menghadapi ramadhan ini supaye kite tidak hanya dapat lapar dan dahaga...marilah kita bertekad untuk kita menghayati ramadhan dimana tok guru kite sering berkata bahawa ramadhan ini diibarat kan sebagai madrasah kehidupan kita dimana kita dididik menjdi umat islam yang taat dan patuh kepada perintah ALLAH...kalo kite tgk bulan ramadhan kite boleh solat berjemaah tetapi bulan biasa kite susah untuk solat berjemaah....so ini lah dikatakan penghayatan ramadhan itu penting untuk kita keluar dari bulan ramadhan sebagai bayi yang baru lahir yang masih suci dan bersih....mungkin yang terakhir dari ana kali ini dimana marilah kita bersama-sama kita memasang niat bahwa ramadhan kali ini adalah yang paling bermakna dalam kahidupan kita dan mampu untuk mentarbiyahkan diri, apabila kita keluar dari madrsah ramdhan ini kita akan seperti bayi yang baru lahir dan mampu menjadi umat islam yang betul2 taat kepada ALLAH swt....dan jika ini merupakan ramadhan yang terkahir buat kita dan kita pohon kepada ALLAH supaya ramadhan ini juga yang terbaik untuk kita insyaALLAH...moge2 semua sahabt semua dapat kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan ade ana lampirkan sedikit ilmu untuk kegunaan kita insyaALLA untuk diamalkan.....ahlan wasahlan ya ramadhan.....selamat beramal di bulan ramadhan yang mulia.....

AMALAN SUNAT DALAM BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"


  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda


  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu


  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka


  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.


  • Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain


  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.


  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.


  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya


Friday, July 30, 2010

Janji Seorang Pelatih Mujahid Cinta

Di kala akhir teruna melati
Ada tanda yang menyentuh dalam hati
Sudah siapkah aku kini
Menjadi kadir yang sehati

Telah banyak yang aku dapatkan
Tentang erti hidup dan
Perjuangan fi sabilillah ditegakkan
Melalui hati, kata dan perbuatan

Kumohon kekuatan ya ALLAH
Agar dapat aku jalankan
Amanah sunat dan ikatan
Demi agama islam

Kini tiba saat diwujudkan
Apa yang telah diberikan
Semoga ALLAH meredhai
Niat hati yang tulus ini

salam perjuangan

salam perjuangan....syukur ana panjat kan kepada empunye dunia ini kerna masih lagi beri nikmat iman dan islam pada hati yang kerdil ini....terasa sungguh besar nikmat ini ketika melihat sahabat yang masih lalai dengan dunia yang fanah ini....terima kasih ya ALLAH....disamping itu ku bersyukur kerna masih diberi peluang untuk update blog ni....dimana ana masih sibuk untuk menguruskan diri yang berada medan perjuangan yang baru dan lebih mencabar buat diri yang kerdil ini....di dalam kesibukan ini alhamdulillah masih ad rahmat disebaliknya...di lapangan baru ini dapat ana berkenalan dengan hamba ALLAH yang datang dari seluruh pelusuk malaysia....bertambah sahabat-sahabat yang menyerikan lagi hidup ana...alhamdulillah.....tetapi di dalam kegemberiaan mendapat sahabat2 baru itu, terpancar kesedihan di lubuk hati ana kerana dihidangkan dengan masalah sosial remaja yang sedang melanda masyarakat kita yang tidak ketahuan penghujungnya....mgkin tanggungjawab di lapangan lama telah berakhir namun ALLAH telah memberi peluang untuk ana melangkah ke lapangan yang lebih besar dan mencabar ini dengan peluang jihad yang lebih terbuka.....terima kasih ya ALLAH....tetapi timbul ketidakyakinan dalam diri untuk menyahut seruan ini namun keyakinan ana pulihkan dengan janji ALLAH dalam surah al-baqarah ayat 284 yang memberi kekuatan kepada diri ini....ana juga mengharapkan doa daripada sahabat untuk bekalan sepanjang perjalanan....mungkin sekadar itu perkongsian ana.....sebagai penutup perkongsian ini ana lampirkan satu puisi yang mungkin boleh dijadikan pembakar semangat kepada pejuang-pejuang agama ALLAH untuk terus istqamah dalam perjuangan sehingga kita jumpe dengan syahidNYA.....INSYAALLAH.....

SENANDUNG PERJUANGAN DI LORONG-LORONG JIHAD

BANGUNLAH KAMU WAHAI PELATIH SEMUA
DARI LELAPMU TENTANG MIMPI-MIMPI
LIHATLAH SANG FAJAR TELAH MENYINSING

SINSINGKAN LENGAN SATUKAN LANGKAH
TEGUHKAN JIHAD FISABILILLAH
BERSAMA KITA TEGAKKAN KEADILAN
KEBENARAN....

TUHAN...BERI PETUNJUK MU
JALAN KEMENANGAN ISLAM
BERI KAMI KEKUATAN
AMALKAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN.....

Thursday, June 10, 2010

Sedarlah wahai wanita


Sedarlah wahai wanita,
kecantikanmu
,
Adalah amanah dari Tuhan,
Ia perlu dipelihara,
Tidak terukur nilainya,
Bukanya untuk dipamerkan,
Oleh itu,
Pakailah bersopan dan tutup aurat,
Bertudunglah labuh ke paras dada,
Itu perintah Tuhan dalam kitab Al quran,
Jangan sekali diabaikan,
Wahai wanita,
Puji-pujian terhadap dirimu,
Janganlah menyebabkan keras hatimu,
Sanggup ingkar suruhan Tuhan,
Yang tentu akan mengundang kemurakaanNYA,
Sengsara derita dihari akhir,
Sedarlah dengarlah hai wanita,
Wajahmu masih ayu disebalik tudungmu,
Masih berseri bersinar bercahaya,
sedarlah wahai wanita.

Monday, June 7, 2010

Penggoda cinta yang malu


salam perjuang, sudah lama trase nye tidak mengemaskini blog ini, mungkin diri ini terlalu sibuk dengan hal duniawi yang tidak ketahuan bila akan habisnye dan moge diharap diri ini tidak akan melupakan yang esa dikala menyusuri bahtera ini, same2 la kita berdoa..amin...k...ketika jiwa ini terasa ingin mengemaskini blog ini, ana terbaca suatu artikel yang menarik di blog rakan seperjuangan yang sangat sesuai di kala ini dimana sahabat2 sekeliling serta sepupu sepapat cbuk menjalankan walimah masing2, ana mendoakan jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. dan diharap artikel ini akan memberi manfaat kepada pembacanya.....amin....selamat membaca

Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu… tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat ‘jantan’ itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu ‘murah’. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai ‘jual mahal’ untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berlangir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik ‘mendedah aurat’ (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya… tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Jangan terkejut jika kita ‘menjual’ terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti ‘memburu’ anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal… tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala… Bulan tidak mengambang setiap malam… kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut ‘boroi’, rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah ‘umpannya’ anda akan dapat ‘ikan’ yang begitu juga.

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, “bila kau hilang malu lakukanlah segalanya.” Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi… semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeu, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.

Wednesday, April 7, 2010


Jawaban Untuk Statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”



As-Salaamu‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering
menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban
saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab
perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah
dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga
merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang
pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut
tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung…sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.
5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan
kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan
ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati.
Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

" Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah! "

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya
pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang
paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(an-nur 24: 31)